Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 maut dalam kemalangan

    ISLAMABAD, 21 Jun – Sekurang-kurangnya 10 orang dari keluarga yang sama, termasuk lapan wanita, terbunuh manakala empat lagi cedera parah ketika kenderaan yang mereka naiki terbabas di wilayah barat laut Pakistan, media tempatan, Khyber Pakhtunkhwa melaporkan.

    Menurut pegawai polis tempatan, anggota keluarga itu pulang ke rumah setelah menghadiri majlis pertunangan kelmarin apabila kenderaan mereka bertembung dalam kemalangan di kawasan Bela Sacha di daerah Mansehra di wilayah itu.

    Pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan itu , kata polis, sambil menambah bahawa pemandu itu adalah antara empat orang yang tercedera.

    Berikutan kemalangan itu, pegawai tempatan dan pegawai penyelamat tiba di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat dan mereka yang tercedera. Semua mayat dan mereka yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan di daerah itu.

    Mengikut data terbaharu daripada Biro Perangkaan Pakistan, lebih 9,000 kemalangan jalan raya dilaporkan kepada polis setiap tahun, membunuh kira-kira 5,000 orang setiap tahun di negara ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda