Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 terkorban dalam kebakaran rumah jagaan warga emas

    MONTEVIDEO, 8 JULAI – Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Treinta y Tres, Uruguay pada awal pagi kelmarin mengorbankan 10 orang, menurut Jabatan Bomba Nasional, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan rasmi, mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki. 

    Insiden itu berlaku pada 6 pagi waktu tempatan (0900 GMT) di kompleks kediaman “Adulto Mayor” di pusat bandar.

    Anggota bomba dan pakar Jabatan Penyiasatan Bencana Montevideo telah dihantar untuk membantu dan menyiasat punca kebakaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda