Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 wartawan Palestin di Gaza terbunuh pada disember 2024

    RAMALLAH, 5 JAN – Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media kelmarin.

    Menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS), Tentera Israel melakukan 84 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan Palestin bulan lepas.

    “Israel terus menggunakan kaedah menyasarkan wartawan Palestin sehingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka,” kata PJS.

    PJS berkata lapan ahli keluarga wartawan terbunuh, tiga rumah petugas media musnah, dan lima wartawan mengalami kecederaan parah akibat serpihan peluru dan tembakan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda