Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    100 belia masjid jayakan Program Serasehan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Kira-kira 100 belia masjid petang tadi turut serta menjayakan Program Serasehan Belia-Belia Masjid Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Belia Kebangsaan 2024 anjuran Belia Masjid Senegera dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Acara dimulakan dengan Majlis Perasmian Serasehan Belia Masjid yang diselitkan dengan beberapa aktiviti antaranya sesi suai kenal, sesi muzakarah, open mic dan juga persembahan, diikuti dengan sesi muzakarah dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada belia-belia dan beliawanis masjid yang dikenal pasti aktif di negara ini.

    Majlis ditutup dengan penyampaian pembacaan resolusi Serasehan Belia Masjid oleh pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Belia Masjid Senegera.

    Dengan membawakan tema Generasi Belia, Masa Depan Kita, acara ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara belia-belia masjid di negara ini dan juga mengenali antara satu dengan yang lain.

    Selain itu juga, ia berfungsi sebagai satu wadah bagi belia-belia masjid untuk saling bertukar pendapat dan bermuzakarah demi mencapai gerak kerja kebeliaan dengan lebih produktif sekali gus sebagai langkah awal untuk membina hubungan antara belia masjid untuk lebih banyak bekerjasama pada masa akan datang.

    GAMBAR SERAHAN BELIA MASJID
    Suasana semasa program berkenaan berlangsung di Dewan Serba Guna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR SERAHAN BELIA MASJID
    GAMBAR SERAHAN BELIA MASJID

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda