Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di Negeri Sembilan sempena Aidiladha

    SEREMBAN, 16 JUN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengeluarkan 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) untuk pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri ini sempena Aidiladha.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.

    “Selain masjid dan surau, proses penyembelihan bagi penyempurnaan ibadah korban ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti tempat awam, kawasan persendirian dan rumah sembelihan dengan lembu merupakan haiwan tertinggi untuk ibadah korban iaitu mencecah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau turut menasihatkan semua penganjur ibadah korban di setiap peringkat supaya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, JPVNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bagi menjamin keselamatan makanan.

    “Semoga dengan pematuhan kepada peraturan tersebut dapat menjadikan amalan ibadah korban disempurnakan dengan lancar,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) ketika ditemui pihak media. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...