Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut, 44 cedera dalam kebakaran hutan di Turkiye

    ISTANBUL, 21 JUN – Seramai 11 orang maut dan puluhan cedera dalam kebakaran hutan yang melanda beberapa perkampungan di tenggara Kurdish Turkiye semalaman, kata menteri kesihatan, hari ini.

    Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan api besar dengan asap yang berkepul-kepul ke udara.

    “Seramai 11 maut dan 44 cedera, 10 parah,” apabila kebakaran melanda dua kawasan antara bandar Diyarbakir dan Mardin, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca menulis di X.

    Secara berasingan, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata kebakaran bermula lewat kelmarin apabila ‘pembakaran sisa tanaman’ di kawasan kira-kira 30 kilometer ke selatan Diyabakir dengan cepat merebak disebabkan akibat angin kencang sehingga menjejaskan lima kampung.

    Menteri Kesihatan berkata tujuh pasukan kecemasan dan 35 ambulans telah dihantar ke lokasi kejadian.

    Parti pro-Kurdi Turkiye, Parti Demokratik Rakyat (DEM) dalam satu catatan di X, menggesa pihak berkuasa untuk ‘campur tangan dengan cepat’ untuk menangani kebakaran dari udara kerana yang marak pada awal pagi hari ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda