Thursday, April 24, 2025
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 botol minuman keras dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Sejumlah 12 botol minuman keras pelbagai jenama berjaya ditemukan oleh Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa rondaan yang dijalankan di kawasan tapak perindustrian Kampung Lumapas B.

    Menurut siasatan awal, semasa rondaan yang dijalankan bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu, kesemua barangan tegahan itu ditemui di kawasan semak persekitaran kebun tanpa pemilik.

    Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kampong Ayer untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    Sehubungan itu, PPDB akan terus memerangi jenayah rentas sempadan dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak akan berkompromi dalam soal jenayah di negara ini.

    Minuman keras yang ditemukan semasa rondaan di kawasan tapak perindustrian Kampung Lumapas B. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda