Thursday, January 2, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    15 mayat ditemui dalam kubur rahsia di tenggara Mexico

    MEXICO CITY, 29 DIS – Sekurang-kurangnya 15 mayat ditemui di dalam lubang di sebuah negeri tenggara Mexico yang berdepan kegiatan keganasan kartel dadah.

    Menerusi siaran di X, Gabenor Chiapas, Eduardo Ramirez, memperincikan operasi untuk memulihkan kestabilan di Frailesca, kawasan pertanian berhampiran Guatemala dengan kartel saingan terbabit dalam perang wilayah.

    “Malangnya, 15 mayat (ditemukan) setakat ini di kubur rahsia di dua hartanah berbeza,” katanya, kelmarin.

    Ramirez berkata, senjata, kenderaan dan dadah dirampas, selain empat orang ditahan, namun tidak memperincikan sama ada mereka disyaki terlibat dalam kes kematian 15 orang itu.

    Keganasan berkaitan kartel di Mexico tertumpu pada atau sepanjang laluan penyeludupan dadah, sempadan dan pelabuhan masuk.

    Chiapas terletak di sempadan selatan Mexico dan digambarkan oleh badan pemikir InSight Crime sebagai ‘hab penyeludupan utama bagi dadah dan migran’.

    InSight Crime berkata, aktiviti keganasan di situ berlaku seiring kemasukan Jalisco New Generation ke kawasan yang dahulunya menjadi kubu kuat Kartel Sinaloa, antara organisasi penyeludupan dadah terbesar di Mexico.

    Berdasarkan angka rasmi, Mexico mencatatkan lebih 450,000 pembunuhan dan puluhan ribu orang hilang, sejak operasi anti dadah kontroversi dilancarkan pada 2006. – AFP

    Pasukan penyiasat, forensik dan polis bekerja di tempat kejadian di mana dua orang dibunuh oleh lelaki bersenjata di Negeri Chiapas, Mexico, pada 17 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda