Tuesday, March 11, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    178 ditahan jual, beli dadah di Seoul

    SEOUL, 25 OGOS – Seramai 178 orang ditahan atas tuduhan menjual atau membeli ganja melalui laman web gelap dan media sosial, kata polis pada Khamis.

    Daripada semua yang ditahan, 12 individu dituduh mengedar bahan narkotik itu melalui internet, terutamanya menerusi laman web gelap, yang tidak boleh diakses oleh pelayar web biasa, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA).

    SMPA berkata ia merampas 12 kilogram ganja, dan 136 gram lagi ganja sintetik, serta 302 pil ekstasi. Daripada 166 orang lagi yang didakwa membeli dan menggunakan ganja, 151 daripada mereka berumur antara 20an dan 30an, kata SMPA. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda