Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    191 kes AGE di Tenom

    KOTA KINABALU, 17 JUN – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan seramai 191 penduduk di daerah Tenom dijangkiti Gastroenteritis Akut (AGE) dan 37 daripadanya dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

    Pengarah JKNS Datuk Asits Sanna berkata sebanyak 33 kes telah discaj dan empat kes lagi masih berada di dalam wad dan dalam keadaan stabil, manakala 154 kes menerima rawatan pesakit luar.

    Beliau berkata JKNS melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tenom mula mengesan peningkatan kes AGE di daerah itu pada 4 Jun lepas menerusi survelan AGE yang dijalankan secara berterusan.

    “Siasatan lanjut berdasarkan tarikh mula gejala yang dilaporkan antara 2 hingga 13 Jun mendapati jumlah notifikasi kes AGE adalah sebanyak 191.

    “Aktiviti kawalan yang telah dijalankan termasuk siasatan epidemiologi, siasatan makmal serta pendidikan kesihatan kepada kes dan orang awam.

    “Setakat ini sebanyak 19 sampel klinikal diambil daripada kes yang dimasukkan ke hospital Tenom dan didapati 16 kes menunjukkan kehadiran Rotavirus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Dr Asits, punca jangkitan yang disyaki berkemungkinan daripada pengambilan air tercemar serta sampel persekitaran sudah diambil bagi tujuan mengesan punca kejadian dan masih dalam siasatan. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...