Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 askar Saudi maut dalam serangan pemberontak di laut

    RIYADH, 31 Jan – Dua askar Saudi terbunuh semasa sebuah bot pemberontak Yaman menyerang di Laut Merah, kata pasukan gabungan diketuai Saudi hari ini, melaporkan penglibatan luar biasa tentera laut dalam perang hampir dua tahun.

    Pasukan gabungan berkata tiga bot pemberontak Huthi menyerang sebuah frigat Saudi yang meronda di barat Hodeida, bandar pesisir Yaman yang ditawan oleh pemberontak. Ia tidak berkata bila insiden itu berlaku.

    Walaupun kapal perang Saudi ‘menangani bot-bot berkenaan’, salah sebuahnya ‘berlanggar dengan belakang kapal dan meletup sehingga mencetuskan kebakaran’ yang dapat dikawal oleh kru.

    Akibat insiden itu dua kru Saudi terkorban dan tiga cedera, menurut pasukan itu, menambah bahawa frigat dapat menyambung semula operasi rondaannya.

    Sejak ia memulakan serangan udara pada Mac 2015, pasukan gabungan telah memperkukuhkan kawalan udara dan laut di Yaman untuk mencegah senjata tiba kepada pemberontak, yang bersekutu dengan tentera yang setia dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

    Riyadh menuduh Iran menyalurkan senjata kepada Huthi, satu dakwaan yang disangkal oleh Tehran. Pemberontak mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu tanpa menjelaskan bagaimana kapal itu telah disasarkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda