LOS ANGELES, 19 NOV – Christian Pulisic menjaringkan dua gol ketika Amerika Syarikat membelasah Jamaica 4-2 untuk menempah tempat ke separuh akhir Liga Negara CONCACAF kelmarin.
Bintang AC Milan itu mempamerkan aksi mempesonakan di Stadium Citypark St. Louis untuk memberikan kemenangan agregat selesa 5-2 kepada pasukan Mauricio Pochettino berikutan kemenangan 1-0 perlawanan pertama mereka di Kingston yang lalu.
Penyerang Amerika Syarikat yang sedang meningkat naik, Ricardo Pepi, juga menjaringkan gol lagi tambahan pada perlawanan minggu lalu, disertai dengan jaringan pemain sayap Juventus, Tim Weah.
Demarai Grey menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua sebagai sagu hati pasukan Reggae Boyz.
Pulisic membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-13, menerima hantaran tinggi daripada Weston McKennie di tepi kawasan dan merembat rendah melepasi penjaga gol Jamaica, Andre Blake.
Penyerang AC Milan itu kemudian menggandakan pendahuluan AS pada minit 33 selepas serangan balas yang lancar.
McKennie menyerang dari sayap kanan,sebelum membuat hantaran kepada ke Tanner Tessmann di tengah yang berpura-pura untuk membiarkan hantaran bergolek kepada Pulisic.
Tendangan rendah berbisa Pulisic terkena pertahanan Jamaica, Richard King dan melepasi Blake sekali lagi untuk jaringan 2-0.
Pepi kemudiannya menambah gol ketiga pasukan tuan rumah tiga minit sebelum separuh masa.
Gerakan yang baik dari Fulham dan pemain pertahanan AS, Antonee Robinson membenarkan Pepi mengutip bola dari pinggir kawasan, dan penyerang PSV Eindhoven itu mendapat cukup kuasa untuk meledak rendah menewaskan Blake untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Ada sedikit harapan untuk Jamaica apabila Gray menyumbat gol dengan sepakan voli bersudut untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit 53, tetapi Weah menutup peluang beberapa saat kemudian dengan gol keempat Amerika.
Gray menyumbat gol kedua Jamaica selepas merembat bola lantunan dari percubaan Renaldo Cephas tetapi sudahterlalu terlambat untuk pasukan bekas pengurus England, Steve McClaren mengejar AS. – AFP