Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 kesalahan didapati dilakukan majikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh telah mengendalikan Operasi Siaga Bersepadu 2024 bersama Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) pada 2 Julai lalu bertujuan untuk sama-sama menguatkuasakan dan memastikan undang-undang serta peraturan dipatuhi oleh para majikan.

    Pemeriksaan yang telah dijalankan di bangunan komersial kawasan Kampung Gadong bagi kegiatan aktiviti pemasaran dan penjualan harta tanah telah mendapati dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 yang dilakukan oleh majikan iaitu Bab 10, tidak menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis dan Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas di premis kegiatan.

    Bagi kesalahan melanggar Perintah Pekerjaan 2009, jika didapati, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi kesalahan tersebut. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan 2009 seperti menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis untuk ditandatangani oleh pekerja-pekerja dan majikan serta hendaklah menyediakan kelengkapan pertolongan cemas di premis-premis kegiatan.

    ATAS & BAWAH: Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang menjalankan pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda