Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pemberontak disyaki terbunuh dalam pertempuran di Filipina

    MANILA, 8 JULAI – Tentera Filipina membunuh dua suspek pemberontak dalam pertempuran awal pagi tadi di wilayah Masbate, tenggara Manila, lapor Xinhua.

    Jurucakap Tentera Darat Filipina, Mejar Frank Roldan berkata dua anggota kumpulan New People’s Army (NPA) itu terbunuh dalam pertempuran selama 15 minit yang berlaku sebelum 7 pagi waktu tempatan di bandar Esperanza.

    Beliau berkata empat pemberontak berjaya melarikan diri meninggalkan rakan mereka yang terkorban.

    Tentera menemukan senapang M653, revolver kaliber 38 dan barangan peribadi lain milik pemberontak.

    Tiada tentera kerajaan yang terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu.

    NPA sering bertempur dengan pihak kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

    Data tentera menunjukkan kekuatan anggota NPA telah merosot berbanding 25,000 anggota bersenjata pada 1980an. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda