Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pistol Napoleon dijual AS$1.8 juta

    PARIS, 8 JULAI – Dua pistol yang Napoleon Bonaparte pernah hendak gunakan untuk membunuh dirinya dijual di Perancis kelmarin dengan harga 1.69 juta euro (AS$1.8 juta), kata rumah lelong, dengan kerajaan bertegas bahawa ia kekal di negara itu sebagai khazanah negara.

    Identiti pembeli pada lelongan di Fontainebleau selatan Paris bagi objek yang dihias halus itu tidak didedahkan kepada umum tetapi harga jualan akhir, dengan bayaran, adalah melebihi anggaran 1.2-1.5 juta euro.

    Menjelang penjualan senjata-senjata itu, suruhanjaya khazanah negara kementerian kebudayaan Perancis telah mengklasifikasikan objek itu sebagai khazanah negara dan meletakkan larangan ke atas pengeksportannya, dalam keputusan yang diterbitkan dalam jurnal rasmi kerajaan pada Sabtu lalu.

    Pengeluaran sijil larangan eksport itu membuka tempoh 30 bulan di mana kerajaan Perancis boleh membuat tawaran pembelian kepada pemilik baharu yang tidak dikenali, yang berhak menolaknya.

    Walau apa pun nilai dan usianya, harta budaya yang layak sebagai khazanah negara boleh meninggalkan Perancis buat sementara waktu sahaja, dengan pulangan wajib.

    “Dengan diklasifikasikan sebagai khazanah negara memberikan nilai luar biasa kepada objek itu,” kata wakil rumah lelong Osenat, yang enggan namanya disiarkan.

    Senjata api yang dihias mewah bertatahkan emas dan perak itu menampilkan ukiran imej Napoleon dalam empayar kemegahannya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda