Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘2024 adalah musim hebat’

    MELBOURNE, 7 JAN – Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner hari ini berkata tahun 2024 merupakan sejarah baginya ketika perlawanan pemanasan badan untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia ditempuhi dengan kemenangan sukar dalam perlawanan pertunjukan di gelanggang tengah Melbourne.

    Pemain Itali itu memburu musim kejuaraannya di mana dia mempertahankan gelaran Grand Slam sulungnya di Melbourne Park dengan memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan ATP Akhir.

    Dia kemudian membintangi Itali ketika mereka meraih kemenangan Piala Davis kali kedua berturut-turut, berakhir sebagai pemain terbaik dunia.

    Pemain berusia 23 tahun itu melangkau sebarang acara pendahuluan ke major pembukaan tahun ini dan sebaliknya terbang terus ke Melbourne untuk perlawanan pertamanya pada 2025.

    Dia turut menghadapi beberapa ujian semasa menentang pemain nombor 25 dunia Australia, Alexei Popyrin, akhirnya menang 6-4, 7-6 (7/2) kemudian bangkit daripada ketinggalan 5-2 pada set kedua di Rod Laver Arena.

    “Tahun 2024 adalah musim yang hebat bagi saya, tetapi ia sudah pun berlalu sekarang,” kata Sinner.

    “Banyak perkara yang berlaku kepada saya di gelanggang ini dan di luar gelanggang.

    “Saya sangat gembira dapat kembali, walaupun ia adalah perlawanan pertunjukan. Bagi saya, ia sentiasa sangat penting untuk cuba merasakan gelanggang dan rentaknya,” tambahnya. – AFP

    Gambar bertarikh 2 Jun 2024 menunjukkan reaksi Sinner semasa perlawanan pusingan 16 perseorangan lelaki di Kompleks Roland Garros di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda