Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    21 pelombong terperangkap akibat banjir di China

    BEIJING, 16 DIS – Anggota menyelamat hari ini cuba mengeluarkan 21 orang yang terperangkap akibat banjir disebabkan perlombongan arang batu haram di utara China, kata pihak berkuasa.

    Kemalangan berlaku pada kira-kira 11 malam semalam di bandar Xiaoyi di wilayah Shanxi, rantau pengeluaran arang batu di rantau barat daya Beijing.

    Air sedang dipam keluar dari lombong, dan paras air sedang menurun, kata kerajaan Xiaoyi dalam pengemaskinian di media sosial.

    Polis telah menahan enam orang dan beberapa orang lain sedang dicari berhubung dengan kejadian itu, kata laporan.

    China telah bertindak keras ke atas perlombongan haram dalam beberapa tahun ini, mengurangkan kadar kematian tinggi, namun kekurangan arang batu pada tahun ini telah mendorong harga naik, mencetuskan peningkatan dalam aktiviti perlombongan. – AP

    Gambar serahan Agensi Berita Xinhua menunjukkan anggota menyelamat bekerja di lombong arang batu di Kampung Duxigou di Bandar Xiaoyi di utara wilayah Shanxi, China, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda