Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 sertai kempen derma darah anjuran Kelab Lions

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 APRIL – Seramai 28 orang telah menderma darah dalam kempen derma darah anjuran Kelab Lions Belait di Pusat Pembelajaran dan Pembangunan (LDC) Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, hari ini.

    Dianjurkan dengan kerjasama Kelab Lions Lambir Miri dan Tabung Darah Hospital SSB, lebih 30 orang telah tampil untuk memberikan sokongan dengan 28 daripadanya berjaya mendermakan satu pain darah setiap seorang.

    Kempen berkenaan diadakan untuk membantu meningkatkan bekalan darah bagi mereka yang memerlukannya di samping sebagai meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah dan faedah kesihatan.

    Hadir untuk mengetuai kempen tersebut ialah Presiden Kelab Lions Belait, Phyllis Jong dan pengerusi penganjur kempen, Alvin Cheong, yang mengetuai 11 orang ahli untuk membimbing penderma darah melalui proses pendermaan serta menyerahkan beg cenderahati kepada penderma darah.

    Selain itu, turut hadir dari Kelab Lions Lambir Miri semasa kempen tersebut ialah Presiden, Richard Yong.

    Salah seorang penderma darah menerima cenderahati daripada Presiden Kelab Lions Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Gambar ramai ahli dari Kelab Lions Belait dan Lambir Miri yang hadir bersama beberapa kakitangan Unit Tabung Darah, Hospital SSB. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda