Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    283 rekrut tamat latihan asas

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 8 DIS – Seramai 229 anggota rekrut lelaki bagi pengambilan ke-172 dan 54 anggota rekrut wanita bagi pengambilan ke-58 telah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin.

    Turut hadir ialah pemangku timbalan-timbalan pemerintah angkatan tentera, pemangku timbalan pemerintah Angkatan Bersama, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli keluarga rekrut.

    Semasa upacara tersebut, tetamu kehormat telah memeriksa perbarisan, menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah kepada para rekrut dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori-kategori tertentu di sepanjang latihan dijalankan.

    Penerima-penerima anugerah bagi pengambilan rekrut lelaki ke-172 ialah 55367 Rekrut Mohammad Nazirul Hazwandi bin Mohammad Fazrie bagi Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan; 55438 Rekrut Mohammad Iekkal @ Mohamad Iqbal bin Omar Ali bagi Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik; 55546 Rekrut (U) Mohammad Elwin Shaqirulriffin bin Mohamad Saiful Ehsan bagi Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan; dan 55419 Rekrut Muhammad Khairul Azmi bin Azlan bagi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik.

    Manakala, 16893 Koperal Sarinan bin Haji Budin telah menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik; dan 19413 Sarjan Mohammad Shahlani bin Haji Zailani sebagai Platun Sarjan Terbaik.

    Sementara itu, penerima-penerima anugerah bagi pengambilan rekrut wanita ke-58 pula ialah 22321 Rekrut Nurul Amalina Anizah binti Jubahri bagi Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan; 22331 Rekrut (U) Nur Amaliyana Sya’irah binti Abdul Latif bagi Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik; 22310 Rekrut Nor Siti Syahidah binti Haji Yusdi bagi Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan; and 22306 Rekrut Nurul Sahirah binti Roslan bagi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik.

    Manakala, 21527 Koperal (U) Siti Noorfaridah binti Safar telah menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik; dan 21452 Bintara Zaahidah binti Zainal @ Elsa Sulastry, TLDB sebagai Platun Sarjan Terbaik.

    Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin hadir selaku tetamu kehormat semasa berlangsungnya upacara tamat latihan asas ketenteraan di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison, kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Pemangku Pemerintah TLDB menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah kepada para rekrut dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori-kategori tertentu di sepanjang latihan dijalankan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    ATAS & BAWAH: Seramai 229 anggota rekrut lelaki bagi pengambilan ke-172 dan 54 anggota rekrut wanita bagi pengambilan ke-58 telah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison, kelmarin. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda