Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    297 kes baharu COVID direkodkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Kadar purata kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan peningkatan dalam masa satu minggu kebelakangan ini iaitu 350 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya iaitu 227 kes sehari.

    Sebanyak 36,627 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 6.6 peratus daripadanya merupakan keputusan ujian ART yang positif.

    Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau juga menjelaskan sebanyak 297 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 293 kes hasil ujian ART dan empat kes merupakan hasil daripada 230 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Walau bagaimanapun, tiada kes dalam kategori 5 manakala tiga kes dicatatkan dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sehingga kelmarin, 8 Januari, kadar liputan vaksinasi COVID di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.6 peratus juga telah mendapatkan dos keempat,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada dalam perlindungan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan terdapat peningkatan kadar purata kes COVID dalam masa seminggu kebelakangan ini pada sidang media kelmarin. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...