Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Melayang $200 gara-gara melonggokkan sampah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Sebuah restoran telah dikenakan kompaun $200 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu melonggokkan sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, di sini, hari ini, restoran tersebut dikehendaki untuk menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari.

    Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua sampah-sarap di tempat awam.

    Bahan buangan yang dilonggokkan di tempat awam.
    Sampah yang dibuang di tempat awam.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...