Wednesday, November 27, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 maut ditembak di Thailand, suspek masih bebas

    BANGKOK, 27 NOV – Tiga individu maut dalam kejadian tembakan di kawasan luar bandar di bahagian Timur Laut Thailand, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Si Bun Rueang, Sumitr Nansathit, berkata kejadian berlaku di wilayah Nong Bua Lumphu dipercayai berkaitan isu peribadi.

    Beliau berkata, suspek sehingga kini masih bebas dengan operasi memburunya ditingkatkan oleh pihak berkuasa.

    “Tiga orang maut dan kami masih belum dapat menangkap suspek,” katanya.

    Daerah Si Bun Rueang, terletak kira-kira 40 kilometer dari Uthai Sawan, di mana berlakunya insiden serangan bersenjata oleh seorang lelaki sehingga mengorbankan membunuh 36 orang di sebuah taska dua tahun lalu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda