Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 terbunuh, 9 cedera dalam dua kebakaran di Bangladesh

    DHAKA, 26 Feb – Tiga orang termasuk dua wanita terbunuh dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain mengalami kecederaan teruk dalam dua kejadian kebakaran yang berlaku berasingan di kawasan ibu kota Bangladesh, Dhaka kelmarin.

    Mohammad Ibrahim Khan, seorang pegawai kanan Polis Metropolitan Dhaka, memberitahu wartawan bahawa tiga mayat rentung ditemui di bahagian tangga di sebuah gudang plastik di Islambagh, salah satu daripada kawasan sesak di Dhaka.

    Pegawai Bilik Kawalan Perkhidmatan Bomba, Mizanur Rahman memberitahu wartawan bahawa kebakaran berlaku di kilang plastik di tingkat bawah rumah sekitar 18:00 waktu tempatan.

    Para anggota bomba telah bergelut selama kira-kira dua jam memadamkan kebakaran yang merebak ke rumah bersebelahan, yang juga menempatkan beberapa kitar semula plastik dan kilang-kilang dan gudang lain. Punca kebakaran masih belum diketahui.

    Dalam kejadian kebakaran yang berasingan di Dhaka, sembilan orang mengalami kecederaan melecur yang serius selepas gas silinder restoran meletup pada petang Sabtu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda