Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 anggota keselamatan Afghanistan terkorban

    HERAT, 21 Jun – Sekurang-kurangnya 30 anggota pasukan keselamatan Afghanistan dilaporkan maut dalam beberapa serangan angkara militan Taliban di barat negara itu, hari ini.

    “Lebih separuh anggota meninggal dunia akibat serangan hendap dan letupan bom di tepi jalan yang terkena konvoi pasukan keselamatan,” kata Gabenor Wilayah Badghis, Abdul Qhafoor Malikzai memberitahu AFP.

    Qhafoor menambah, tentera dan polis turut terkorban apabila militan menyerbu pangkalan mereka semalaman. Sementara itu, Taliban mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu dalam mesej WhatsApp yang dihantar kepada wartawan.

    Gambar fail pada 14 Mac 2018 menunjukkan anggota keselamatan Afghanistan ketika mengawal di bandar barat Afghanistan. Sekurang-kurangnya 30 anggota pasukan keselamatan Afghanistan dilaporkan maut dalam beberapa serangan angkara militan Taliban di barat negara itu, kelmarin. – AFP

    Ketua Majlis Wilayah Badghis, Abdul Aziz Bek mengesahkan jumlah kematian itu dan menuduh Taliban mengambil kesempatan ketika gencatan senjata dengan melakukan tinjauan di kawasan itu.

    “Ketika gencatan senjata, Taliban menghantar pemberi maklumat untuk mengumpul maklumat dan merancang serangan itu,” katanya memberitahu AFP.

    Kementerian pertahanan mengeluarkan kenyataan mengatakan pertempuran di kawasan itu berterusan ketika Taliban menghadapi ‘perlawanan sengit’ dari pasukan keselamatan Afghanistan, kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda