Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    30 pelajar terima sumbangan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seramai 30 orang pelajar berkeperluan khas menerima beberapa peralatan khas untuk membantu pembelajaran dan mobiliti mereka yang disumbangkan oleh Sekolah Rendah Sekolah Antarabangsa Jerudong
    (JIS).

    Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan hari ini di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah dan Unit Pendidikan Khas, Awang Eddy Fazlin bin Haji Amdan.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, pelajar-pelajar dan kakitangan Sekolah Rendah JIS.

    Ahli-ahli Majlis Sekolah Rendah JIS menyampaikan sumber pembelajaran kepada pelajar dari sekolah rendah dan menengah pada perhimpunan yang diketuai pelajar.

    Pada majlis penyerahan tersebut, majlis pelajar juga telah memperkenalkan aktiviti Minggu Kutipan Dana.

    JIS menyokong beberapa badan amal tempatan dan pada Februari lalu, Sekolah Rendah JIS mengumpul $10,328 pada Minggu Pengumpulan Dana tahunan. Wang yang dikumpulkan berkenaan adalah untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Brunei.

    Kanak-kanak berkenaan dipilih melalui perundingan dengan Unit Keperluan Khas di Kementerian Pendidikan dan ia membolehkan Sekolah Rendah JIS memberikan peralatan seperti komputer riba, kerusi roda dan pelbagai sumber pembelajaran lain untuk membantu mereka dalam pembelajaran dan mobiliti.

    Awang Eddy Fazlin menyampaikan penghargaan kepada Pengetua Sekolah Rendah JIS, Paul Bannister semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan JIS
    Gambar serahan JIS

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda