SINGAPURA, 3 MAC – Polis Singapura menahan 306 suspek, berumur antara 15 dan 73 tahun, atas kesalahan penipuan semasa operasi dari 16 hingga 29 Februari, menurut kenyataan polis baru-baru ini.
Suspek-suspek itu terbabit dalam lebih 1,000 kes, termasuk penipuan penyamaran rakan, penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan penipuan cinta internet.
Polis berkata, mangsa kerugian lebih AS$8.2 juta. Suspek sedang disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen. – Xinhua