Tuesday, October 8, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    32 anak pokok ditanam

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Sebanyak 32 anak pokok pelbagai jenis termasuk Hibiscus Tiliaceus, Casuarina Equisetifolia dan Calophyllum Inophyllum telah ditanam di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas anjuran Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, baru-baru ini.

    Penanaman pokok tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan SEAMEO VOCTECH.

    Acara itu merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEAMEO VOCTECH sempena ulang tahun penubuhan pusat itu yang ke-32.

    Sebanyak 32 pohon anak pokok daripada pelbagai spesies pokok telah ditanam di tapak yang meliputi 0.00675 hektar tanah. Kempen tersebut menyasarkan matlamat penanaman 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

    Aktiviti berkenaan sempena menyahut kempen Penanaman Pokok Protokol Hijau di bawah Kementerian Pendidikan dan Strategi Protokol Hijau, demi meningkatkan penyerapan karbon negara melalui program penghutanan semula. Menurut majlis kebangsaan Brunei Darussalam mengenai perubahan iklim, salah satu strategi utama untuk peralihan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah negara berkarbon rendah dan berdaya tahan iklim adalah dengan meningkatkan litupan hutan, yang akan meningkatkan penyerapan karbon.

    Ini akan memberi kesan positif kepada habitat, biodiversiti dan ekosistem negara.

    Awang Alias menanam anak pokok di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas baru-baru ini.
    Gambar ramai kakitangan SEAMEO VOCTECH pada acara penanaman pokok baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda