Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Tidak ada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kekal seramai 212 orang dengan lapan kes aktif sedang dirawat dengan tiga kematian.
Di samping itu, tiada kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam kekal 223 orang.
Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei 2020 iaitu 355 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah 82 kes.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, setakat pukul 12 tengah hari tadi, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 572 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 17,218 orang.
Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 48 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 119,923 ujian.
Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.