Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 kesalahan direkodkan dalam operasi sekatan jalan raya

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    TUTONG, 31 MEI – Sebanyak 37 kesalahan telah direkodkan dalam operasi sepadu sekatan jalan raya yang dijalankan di kawasan persimpangan jalan Kampung Lamunin, Daerah Tutong, kelmarin.

    Sebanyak 350 buah kenderaan telah diperiksa semasa operasi tersebut yang melibatkan para pegawai dan keanggotaan daripada Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) yang diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalu Lintas Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Ivy Han.

    Menurut kenyataan PPDB, operasi berkenaan mencatatkan lima kes doket dan 15 kes kompaun yang melibatkan kesalahan kenderaan tidak dilindungi insurans, lesen kenderaan dan lesen memandu mansuh serta beberapa kesalahan lagi.

    Sementara itu, JKED telah mencatatkan lima kesalahan (lima pemandu ditahan) melibatkan penemuan barang tegahan iaitu rokok, BKN mencatatkan dua kesalahan (penahanan dua orang suspek) melibatkan penemuan peralatan dipercayai digunakan bagi penyalahgunaan dadah dan JPD pula mencatatkan 10 kesalahan melibatkan kesalahan seperti tayar kenderaan botak, membawa lebih muatan, kerusi kenderaan tidak dipasang dan beberapa kesalahan lagi.

    Antara lain tujuan operasi adalah bagi meningkatkan disiplin masyarakat mengenai perundangan serta meningkatkan kepercayaan masyarakat secara positif terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang dalam melaksanakan tugasan untuk sama-sama mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

    Pegawai-pegawai penguat kuasa ketika menjalankan operasi sepadu sekatan jalan raya di Daerah Tutong, baru-baru ini.
    Beberapa pemandu kenderaan telah ditahan oleh pegawai-pegawai penguat-kuasaan ketika menjalankan operasi tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda