Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    37 peratus belum perbaharui lesen perniagaan di Labuan

    LABUAN, 10 DIS – Lebih 37 peratus daripada kira-kira 12,000 lesen perniagaan di pulau bebas cukai ini belum diperbaharui meskipun tinggal beberapa minggu sahaja sebelum tarikh akhir 31 Disember ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Mohd Sukuran Said berkata pihak berkuasa tempatan tidak akan melanjutkan tempoh untuk pembaharuan lesen seperti dilakukan sebelum ini.

    “Kegagalan memperbaharui lesen sebelum tarikh akhir akan dikenakan kompaun RM100,” katanya kepada Bernama selepas tinjauan ke atas premis perniagaan hari ini, diiringi Pengarah Jabatan Pelesenan Labuan Helmi Bali.

    Menurut Mohd Sukuran peniaga telah diberikan notis secukupnya dengan peringatan dikeluarkan seawal Oktober.

    “Bagi memudahkankan pembaharuan saat akhir, Jabatan Pelesenan akan membuka kaunter pada 28 dan 29 Disember,” katanya.

    Beliau turut menjamin proses pembaharuan lesen yang efisien iaitu dalam tempoh satu hingga dua jam jika kesemua dokumen yang diperlukan lengkap selain bergantung kepada jumlah permohonan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda