Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    39 orang dibunuh dalam serangan Israel di utara Gaza

    DEIR AL-BALAH, 23 JUN – Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh oleh serangan Israel di seluruh utara Gaza, kelmarin, ketika pekerja penyelamat bergegas mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan, menurut pegawai Palestin dan hospital.

    Fadel Naem, pengarah Hospital al-Ahli di Gaza City, memberitahu The Associated Press bahawa lebih daripada tiga dozen mayat tiba di hospital.

    Pertahanan Awam Palestin, sebuah kumpulan kecemasan yang aktif di Gaza, berkata pekerja kecemasannya sedang menggali mangsa yang terselamat di tapak serangan di kem pelarian Shati di barat Bandar Gaza dan bahawa ia telah menarik beberapa dozen mayat dari bangunan yang serang Israel di kawasan kejiranan timur Kota Gaza.

    Zionis Israel berkata kelmarin bahawa jet pejuangnya menyerang dua tapak tentera Hamas di kawasan Bandar Gaza tetapi tidak mengulas lanjut.

    Kematian berlaku sehari selepas sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam serangan ke atas khemah dan 50 cedera berhampiran bandar Rafah di selatan.

    Israel berkata kelmarin bahawa ia terus beroperasi di tengah dan selatan Gaza dan telah meneruskan pencerobohannya ke atas Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada berperang di tempat lain. Kebanyakannya kini melarikan diri dari bandar itu, tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata tiada tempat di Gaza yang selamat dan keadaan kemanusiaan teruk kerana keluarga berteduh di khemah dan pangsapuri sempit tanpa makanan, air atau bekalan perubatan yang mencukupi.

    Zionis Israel telah membunuh lebih 37,400 penduduk Palestin di Gaza menurut Kementerian Kesihatan Gaza, yang tidak membezakan antara pejuang dan orang awam dalam kiraannya. – AP

    Rakyat Palestin menunaikan solat jenazah bagi Mohammad Hoshiya, 12, semasa pengebumiannya di perkampungan Tebing Barat Qatana, barat daya Ramallah, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda