JAKARTA, 15 OGOS – Empat warga Australia yang mendayung di atas papan luncur mereka dan dua warga Indonesia ditemui hidup di laut di barat Indonesia hari ini, hampir dua hari selepas bot mereka dilanda cuaca buruk.
Seorang warga Indonesia masih hilang, kata seorang pegawai.
Pasukan menyelamat menemui sebahagian daripada kumpulan itu “hanyut di laut” menggunakan papan luncur dan Styrofoam, kata ketua agensi penyelamat tempatan Octavianto.
Rakaman video yang disiarkan secara meluas di media Australia menunjukkan warga Australia berkenaan, tiga lelaki dan seorang wanita, melambai dan mendayung di atas papan luncur mereka ketika para penyelamat menghampiri.
Bapa kepada peluncur yang diselamatkan, Elliot Foote sedang ditemu bual oleh media Australia di Sydney apabila dia menerima pengesahan berita gembira itu secara langsung daripada anaknya melalui pesanan ringkas.
“Hei Ayah, Elliot di sini. Saya masih hidup. Selamat sekarang. Sayang kamu. Sembang kemudian,” kata mesej itu, dibacakan oleh bapanya, Peter Foote.
Peter Foote telah diberitahu sebelum ini bahawa tiga rakan anaknya telah diselamatkan tetapi masih dirakam apabila dia menerima berita gembira itu.
Tiada maklumat jelas diperoleh serta-merta tentang bagaimana atau di mana kedua-dua warga Indonesia itu ditemui. – AFP
