Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 sekolah mara separuh akhir Kuiz An-Najah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Empat buah sekolah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Pertandingan Kuiz An-Najah yang diadakan di Sekolah Ugama Junjungan petang tadi.

    Pertandingan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemimpin-pemimpin Sekolah-sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam (JPI) yang disasarkan kepada para pelajar Darjah 6 sekolah-sekolah agama kawasan tersebut.

    Sekolah-sekolah yang berjaya adalah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum A-Islam, Mulaut; Sekolah Ugama Panglima Barudin, Limau Manis; Sekolah Ugama Lumpas; dan Sekolah Ugama Kampung Bolkiah.

    Hadir selaku tetamu khas pada majlis itu ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei IV, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Mu’izzah binti Kefli, yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Program tersebut bertujuan melahirkan murid-murid yang cemerlang, mengukuhkan kefahaman dalam mata pelajaran agama serta memupuk semangat dan motivasi dalam kalangan pelajar Darjah 6 menjelang Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU).

    Acara tersebut merupakan salah satu inisiatif Bahagian Sekolah Ugama, JPI di bawah Program An-Najah bagi mendukung Rancangan Strategik KHEU 2020-2024.

    Hajah Mu’izzah bergambar bersama pemenang pertandingan kuiz berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda