Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 peserta Mukim Bokok hadiri pembukaan PMB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Seramai 40 peserta yang terdiri daripada penduduk Mukim Bokok telah menghadiri majlis pembukaan bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan kelmarin,

    Program yang berlangsung selama dua hari itu, antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab rakyat membangun negara, dan meningkatkan kefahaman mengenai dengan bidang keusahawanan dan program-program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan atau pun swasta.

    Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman yang seterusnya menambah bahawa program berkenaan dapat mendedahkan kepada peserta supaya dapat memahami usaha kerajaan dalam mengatasi isu pengangguran dan mendorong pertumbuhan ekonomi. Di samping memberikan inspirasi kepada peserta melalui lawatan sambil belajar ke perusahaan tempatan supaya dapat menyuntik semangat dan inspirasi dalam usaha meningkatkan taraf hidup, pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan.

    Antara pengisian program ini adalah beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang terpilih bersesuaian dengan tema pada kali ini iaitu Keusahawanan.

    Program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah ke arah memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Turut hadir di majlis itu, Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Saadiatul Nur Aqilah binti Haji Jaman, dan Yang DiPertua Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU).

    Atas & Bawah: Antara yang hadir dalam program berkenaan.
    Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Saadiatul Nur Aqilah bergambar ramai bersama peserta di program berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda