Oleh Muiz Matdani –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Seramai 40 orang dari Pusat Bahagia, Bahagian Orang Kelainan Upaya menerima sumbangan dan iftar yang dihoskan oleh The Saucysside and The Gang di The Event Space Brunei, Kiulap.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dan diikuti dengan penyerahan sumbangan dan hamper makanan. Sumbangan tersebut dihasratkan dapat meringankan beban dalam menjalankan ibadah puasa dan membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Dengan adanya majlis berkenaan, ia diharap dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim menerusi kegiatan berkebajikan.