Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    5.6% terima dos penggalak

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.3 peratus.

    Sementara itu, kadar bagi yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 pula telah mencapai kepada 91.6 peratus.

    Perkara tersebut antara yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Pada kesempatan yang sama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan jumlah kadar bagi yang telah menerima tiga dos vaksin COVID-19 di Negara Brunei Darussalam setakat kelmarin yang telah mencapai kepada 5.6 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda