Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 mayat ditemui susulan kebakaran pusat beli-belah di Indonesia

    JAKARTA, 17 JAN – Lima mayat telah ditemui hari ini berikutan kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada malam Rabu, ketika pasukan penyelamat mempergiatkan usaha mencari mangsa lain yang masih hilang.

    “Lima mayat ditemui di tingkat lapan, di dalam bilik karaoke. Semua mangsa tidak dapat dikenal pasti,” kata Ketua Agensi Kebakaran dan Penyelamatan Jakarta Barat, Syarifudin, kepada wartawan. Mayat-mayat tersebut telah dihantar ke hospital polis untuk proses pengecaman melalui analisis DNA.

    Syarifudin turut mengesahkan bahawa jumlah orang hilang meningkat daripada lapan kepada 14, selepas lebih ramai ahli keluarga melaporkan kehilangan saudara mereka kepada pihak berkuasa.

    Syarifudin menjelaskan bahawa usaha pencarian terhalang oleh banyak sekatan seperti pembahagi bilik dan keluasan kawasan pusat beli-belah tersebut.

    “Kawasan itu sangat luas dan bumbungnya runtuh, menyebabkan kawasan itu ditutup pembahagi bilik dan kabel menyukarkan lagi usaha pencarian,” katanya.

    Laporan awal menunjukkan kebakaran bermula kira-kira 9:20 malam di mukim Tamansari. Beberapa pengunjung dilaporkan berada di dalam pusat beli-belah itu semasa kebakaran berlaku. Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda