Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 pelanggan bertuah Ayamku mesti penuhkan troli

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Lima orang pemenang bertuah bagi kempen Ayamku Dine & Win berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang mereka inginkan dalam acara membeli-belah, supermarket shopping spree yang berlangsung di Soon Lee Lambak kelmarin.

    Dalam acara berkenaan, para pemenang diberi masa 90 saat untuk mengisi troli mereka dengan pelbagai barangan termasuk barangan keperluan harian yang terdapat di pasar raya berkenaan dengan diiringi oleh sorakan mereka yang hadir di acara berkenaan.

    Turut hadir sama untuk membantu dan meraikan para pemenang dalam acara itu ialah Pengurus Ayamku Restaurant, Steven Chai Ming Fui; Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Kelvin Wong serta eksekutif dan kakitangan daripada kedua-dua buah syarikat.

    Para pemenang bertuah berkenaan merupakan pelanggan Ayamku yang telah mengambil bahagian dalam cabutan bertuah bagi kempen dengan membuat pembelian set hidangan terpilih dari 1 Oktober hingga 31 Disember lalu.

    Cabutan bertuah berkenaan diadakan selaras dengan promosi tahunan Ayamku bagi pelanggan-pelanggannya.

    Acara penglibatan pelanggan berkenaan merupakan sebahagian daripada program ganjaran Ayamku yang dihasratkan untuk membalas sokongan yang berterusan daripada pelanggan setia restoran makanan segera berkenaan.

    Atas & Bawah: Antar pemenang bertuah yang mengisi troli mereka dengan pelbagai barangan dalam acara berkenaan.

    Steven Chai, Kelvin Wong serta kakitangan Ayamku dan Kingston Beverage & Creamery bergambar ramai dengan lima pemenang bertuah semasa acara bekenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda