Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    5 petugas kebajikan dirogol di India

    NEW DELHI, 22 Jun – Lima petugas wanita yang bekerja untuk badan amal di kawasan pedalaman timur India diculik dan dirogol beramai-ramai sambil diacukan senjata, kata polis hari ini, dalam serangan seks terbaharu mengejutkan di negara itu.

    Dalam aduan mereka, wanita terbabit mengadu, mereka diculik ketika sedang membuat persembahan meningkatkan kesedaran mengenai pemerdagangan manusia di daerah puak di Khunti, Jharkhand Selasa lalu, apabila diculik.

    Penyerang merakam kejadian serangan dan mengugut wanita terbabit jika mereka melaporkan kepada polis.

    Semua wanita terbabit bertugas untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Asha Kiran yang disokong mubaligh Kristian tempatan, kata pegawai polis, Rajesh Prasad.

    “Kami sudah menyoal beberapa individu,” kata Prasad kepada AFP.

    Polis turut menahan penyokong Pathalgadi, gerakan antikerajaan popular di beberapa perkampungan puak.

    Penyokong Pathalgadi menolak orang luar dan melarang mereka masuk atau menetap di kawasan mereka.

    Khunti juga merupakan penyokong Maois, kumpulan gerila bersenjata yang telah melancarkan pemberontakan selama beberapa dekad terutama sekali memperjuangkan bagi hak tanah. Prasad berkata, wanita telah menjalani ujian perubatan dan polis sedang menanti keputusannya.

    India telah menjadi tumpuan dunia sejak kes rogol beramai-ramai pada 2012 dan pembunuhan wanita di sebuah bas New Delhi mencetuskan protes marah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda