Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 maut serangan konsert muzik di Las Vegas

     

    LOS ANGELES, 2 Okt – Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 200 lagi yang lain ketika dia melepaskan tembakan ke atas sebuah konsert muzik di Las Vegas pada Ahad dalam penembakan paling dahsyat dalam sejarah AS moden.

    Polis berkata, lelaki bersenjata itu yang merupakan seorang penduduk tempatan berusia 64 tahun bernama Stephen Paddock, terbunuh selepas pasukan SWAT bertindak balas terhadap laporan tembakan itu yang bermula dari tingkat ke-32 di Mandalay Bay, sebuah hotel kasino di sebelah tempat konsert.

    Orang ramai menjerit dan melarikan diri dalam keadaan panik tatkala kejadian itu berlaku secara mengejut di tempat itu sejurus selepas pukul 10 malam waktu tempatan (0500 GMT Isnin), rakaman yang ditangkap pada telefon pintar menunjukkan.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda