Monday, January 6, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 sertai Fun Walk sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Kira-kira 50 orang telah menyertai acara Fun Walk anjuran Kedutaan Republik Islam Iran di Brunei bersama Persatuan Persahabatan Brunei Iran (BrIFA) yang berlangsung di kawasan Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, Berakas, hari ini.

    Acara diadakan bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran, Puan Yang Terutama Homeira Rigi dan Presiden BrIFA, Awang Yussof Halim.

    Pengiran Mohammad Amirrizal turut sama menyertai acara tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Pengiran Mohammad Amirrizal dan PYT Homeira Rigi bergambar ramai bersama para peserta Fun Walk. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda