SYDNEY, 1 APRIL – Sebanyak 60 akhbar di Australia hari ini akan menghentikan percetakan susulan kesukaran yang dihadapi oleh syarikat akhbar berkenaan.
Menurutnya, syarikat akhbar berdepan kesukaran susulan krisis pandemik COVID-19, di mana syarikat itu mengalami kerugian akibat kemerosotan iklan.
Mereka berkata pencetakan akhbar di negeri New South Wales, Victoria, Queensland dan Australia Selatan akan dihentikan dan beralih kepada berita dalam talian. – AFP