Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    7 ditembak di pesta pop-up di Massachusetts

    METHUEN, 17 JUN – Tujuh orang ditembak dan seorang cedera ketika melarikan diri apabila tembakan berlaku dalam satu perhimpunan besar orang muda di Methuen, Massachusetts, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Tembakan bermula sejurus sebelum jam 2 pagi selepas ratusan orang berkumpul untuk sebuah parti pop-up yang dianjurkan di media sosial, kata pegawai pada sidang akhbar. Mangsa berumur antara 17 hingga 22 tahun, kata pegawai. Dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

    “Ia merupakan satu lagi kes tragis keganasan senjata api pagi ini,” kata Peguam Daerah Essex County, Paul Tucker. “Ia agak menakjubkan bahawa dengan jumlah bukti balistik yang kami kumpul,  lebih ramai orang tidak cedera.” Methuen terletak kira-kira 28 batu di utara Boston di sempadan dengan New Hampshire.

    Pihak berkuasa enggan mengulas mengenai jumlah suspek yang terlibat. Tiada tangkapan telah dibuat, dan tiada senjata yang ditemui.

    Ketua Polis Metheun, Scott McNamara berkata pihak berkuasa telah memantau ‘tempat yang disyaki’ di mana perhimpunan seperti itu biasanya berlaku, tetapi serangan kelmarin berlaku di lokasi baharu dan merupakan yang pertama kali menjadi ganas. – AP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...