Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    71 wartawan ditahan di Myanmar sejak Februari – UNESCO

    NEW YORK, 16 APRIL – Sekurang-kurangnya 71 wartawan ditahan pihak berkuasa Myanmar sejak rampasan kuasa tentera pada Februari lalu, lapor Sputnik memetik jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric dalam taklimat media kelmarin.

    “Menurut rakan kami di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)  71 wartawan telah ditahan di Myanmar, dengan lebih separuh daripadanya masih ditahan sejak awal Februari,” kata Dujarric.

    Beliau berkata kira-kira 24 orang didakwa atas tuduhan menyebarkan berita palsu.

    “Pasukan kami di lapangan bimbang dengan nasib wartawan dan ribuan rakyat yang ditahan sewenang-wenangnya, kebanyakannya hilang tanpa dapat dikesan,” kata jurucakap itu.

    Pada 1 Februari tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun dan sejak itu sekurang-kurangnya 707 orang telah menjadi korban, menurut PBB. – Bernama

    Gambr bertarikh 12 April menunjukkan pembantah lari daripada pasukan keselamatan semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh tentera di Yangon. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda