Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $300 akibat buang sampah merata

    OLEH DANIEL LIM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seorang individu telah dikenakan denda kompaun sebanyak $300 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang sampah di kawasan semak Kampung Salambigar, kelmarin.

    Individu tersebut didapati telah melakukan kesalahan melanggar Bab 12 (1) di bawah Akta Kesalahan- Kesalahan Rampaian 2021 dan diberikan tempoh selama tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Jika gagal menjelaskan bayaran denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $1000 dan tidak melebihi $3000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    JASTRe ingin mengingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Gambar individu yang didapati telah membuang sampah di kawasan semak di Kampung Salambigar. – GAMBAR SERAHAN JASTRE

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda