LEIPZIG, 2 DIS – Penyokong daripada pasukan bola sepak Carl Zeiss Jena dan Chemie Leipzig merusuh selepas perlawanan kelab divisyen keempat Jerman itu, mengakibatkan 79 orang cedera, lapor agensi berita Jerman, dpa, memetik polis tempatan.
Polis berkata pergaduhan lewat Sabtu itu bermula apabila kedua-dua kumpulan penyokong dengan ganas membuka pintu penampang selepas penyokong Leipzig melemparkan bunga api ke arah penyokong Jena.
Polis berkata mereka menggunakan belantan dan gas pemedih mata untuk menamatkan ‘satu konfrontasi singkat dan tidak terkawal.’
Ia berkata seramai 10 pegawai polis dan lima petugas keselamatan cedera bersama 64 penyokong daripada kedua-dua pasukan manakala 40 tuduhan jenayah serta pelanggaran peraturan difailkan. – Bernama