Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    8 ditahan selepas bantahan di Vietnam

    HANOI, Vietnam, 18 Jun – Polis Vietnam telah menahan lapan orang lagi selepas bantahan minggu lalu berhubung cadangan undang-undang ke atas zon-zon khas ekonomi yang dikhuatiri oleh para pembantah akan jatuh ke tanah para pelabur China, lapor media kerajaan hari ini.

    Lelaki-lelaki tersebut yang berasal dari wilayah tengah selatan, Binh Thuan dituduh mengganggu ketenteraman awam, menentang para pega-wai dan merosakkan harta kerajaan, menurut laporan akhbar kerajaan, Tuoi Tre.

    Bantahan ke atas undang-undang itu diadakan di seluruh negara, termasuklah di selatan pusat komersil, Bandar Ho Chi Minh yang mana tujuh orang diberkas kerana dikatakan mengganggu keselamatan dan menentang para pegawai.

    Para pembantah bimbang tiga zon-zon ekonomi khas yang dicadangkan yang mana tanah boleh disewa bagi tempoh 99 tahun akan didominasi oleh para pelabur dari China.

    Para ahli undangan telah menangguhkan laluan bagi undang-undang itu sehingga sesi akan datang pada bulan Oktober untuk membolehkan lebih banyak penyelidikan.

    Bercakap kepada pengundi di kawasan pengundiannya di Hanoi semalam, Setiausaha Agung Parti Komunis, Ngyuen Phu Trong berkata elemen-elemen yang mensabotaj telah mengganggu kebenaran tentang undang-undang dan menyalahgunakan patriotisme orang ramai untuk memulakan bantahan.

    “Parti Presiden Ho Chi Minh adalah untuk negara, untuk rakyat dan bukan tujuan lain,” kata Trong yang dipetik oleh Tuoi Tre ketika berucap kepada para pengundi, dengan merujuk kepada parti memerintah, Parti Komunis.

    “Tidak sesiapa pun sebodoh itu untuk memberikan tanah kepada warga asing untuk mengganggu kita. Tidak sesiapa pun akan lurus bendul sebegitu.”

    Dia berkata tanah yang dipajak di zon-zon khas ekonomi akan perlu melalui prosedur ketat dan menolak dakwaan bahawa negara akan kalah kepada China.

    Rakyat Vietnam pada dasarnya telah lama tidak mempercayai China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda