Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    9 orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan

    MOSCOW, 16 JUN – Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan Amerika Syarikat, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

    Syerif Oakland County, Michael Bouchard berkata pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga lelopak (magazin) peluru kosong ketika tiba di tempat kejadian.

    Suspek yang keluar dari sebuah kenderaan bertindak melepaskan tembakan.

    Polis percaya kejadian itu merupakan tembakan rambang dan punca kejadian sedang disiasat.

    Suspek kini terperangkap di dalam sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, dengan pasukan khas dan kenderaan berperisai dikerah untuk membantu pihak berkuasa tempatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...