Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 polis maut akibat letupan

    KABUL, 26 Jun – Sembilan anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian letupan bom di timur wilayah Kunar, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai tempatan pada hari ini.

    “Kejadian berlaku apabila seorang pengganas dipercayai cuba menyeludup masuk ke kem Angkatan Polis Afghanistan (ALP) di kawasan Babar Tangai di daerah Chawkay pada jam 8 malam, kelmarin.

    ‘’Tindakan suspek berjaya dikesan polis, namun penyerang sempat meledakkan bahan letupan miliknya, sehingga meragut nyawa anggota polis,” kata jurucakap wilayah itu, Ghani Musamim.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. Kawasan pergunungan sering menjadi tempat tinggal militan Taliban dan Daesh.

    Kerajaan menubuhkan ALP atau polis komuniti pada 2010, untuk melindungi kampung dan daerah di mana kehadiran tentera dan polis adalah terhad.

    Kematian dan kecederaan membabitkan pasukan keselamatan Afghanistan meningkat sejak 2015, selepas mengambil alih tanggungjawab menjaga keselamatan dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera Amerika Syarikat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda