Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aamir Khan hangat bercinta, bawa kekasih jumpa keluarga

    Empat tahun hidup menduda, pelakon Aamir Khan dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita.

    Sumber Pinkvilla mendedahkan Aamir atau Mohammed Aamir Hussain Khan, 60, juga sudah memperkenalkan wanita itu kepada keluarganya dan pertemuan itu berjalan lancar.

    Aamir dilihat benar-benar serius tentang hubungan tersebut kerana sudah melibatkan keluarganya.

    Menurut laporan itu lagi, wanita misteri dikenali sebagai Gauri itu adalah golongan biasa dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dunia Bollywood.

    Bagaimanapun Aamir memilih untuk merahsiakan hubungan baharunya itu dan tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

    Untuk rekod, Aamir Khan pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Dutta pada tahun 1986 namun bercerai pada 2002.

    Hasil perkongsian hidup itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Junaid Khan, 32 dan Ira Khan, 28 tahun.

    Aktor itu Kembali bertemu jodoh pada tahun 2005 dengan penerbit Kiran Rao.

    Namun hubungan itu tidak berkekalan selepas mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2021.

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Azad Rao Khan yang kini berusia 14 tahun. – Agensi

    Aamir sudah bawa teman wanita jumpa keluarga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda